Confirm A

    Alternative Login   Forgot Password

UPSR : 1 days (23 September 2019)  PMR : 8 days (30 September 2019) SPM : 43 days (4 November 2019) 
Number of Current Online Users : 0


Soalan Lazim (Frequently Asked Questions)
1. Apakah kelebihan Confirm A?.
Ibubapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka melalui Level yang dicapai bagi setiap matapelajaran. Ibubapa akan menerima emel setiap kali anak mereka berjaya melepasi sesuatu Level.
Level untuk dicapai bagi setiap matapelajaran adalah Level 10. Anak yang telah mencapai Level 10 menandakan bahawa mereka sudah dapat menguasai subjek tersebut dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan berbentuk KBAT kerana asas mereka sudah mantap. Level tertinggi yang dapat dicapai adalah Level 13.

2. Adakah Confirm A untuk UPSR sahaja?
Buat masa ini, fokus Confirm A adalah untuk UPSR sahaja bagi murid-murid Tahun 6. Confirm A adalah kerjasama UNITEN dan Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bangi, Sekolah Berprestasi Tinggi, sejak tahun 2011 lagi. Setelah terbukti keberkesanan sistem ini selama beberapa tahun, barulah ianya dibuka untuk sekolah-sekolah lain.
Bagi peringkat PT3 dan SPM, sistem ini sedang dijalankan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bangi, Sekolah Berprestasi Tinggi, dan ianya belum dibuka kepada sekolah-sekolah lain lagi.

3. Bagaimanakah kaedah terbaik menggunakan Confirm A?
Berikut adalah beberapa kaedah yang diamalkan oleh ibubapa tentang cara penggunaan Confirm A:
Kaedah A: Membuat Confirm A hanya di hujung minggu kerana hanya waktu ini anak mempunyai masa. Kebiasaanya hampir keseluruhan hari pada hujung minggu ini diambil untuk membuat latihan dalam Confirm A. Ibubapa tahu samada anak membuat latihan atau tidak kerana akan menerima emel setiap kali anak naik level.
Untuk hari biasa, anak akan hanya membuat Confirm A setelah semua kerja rumah yang diberikan oleh guru telah berjaya diselesaikan.

Kaedah B: Ada anak-anak yang memang amat serasi dengan Confirm A. Mereka tidak berapa gemar menjawab soalan-soalan menggunakan buku, dan apabila diberi peluang menjawab secara atas talian, mereka dapat meluangkan masa berjam-jam tanpa rasa jemu. Anak-anak seperti ini kebiasaannya diberi ruang oleh ibubapa untuk menjawab soalan-soalan dalam Confirm A mengikut jadual masa anak itu sendiri. Apa yang penting adalah ibubapa dapat melihat pencapaian anak sentiasa meningkat secara konsisten melalui emel yang diterima.

Kaedah C: Sesetengah sekolah mengambil inisiatif untuk membolehkan murid-murid menjawab soalan-soalan Confirm A di sekolah. Pihak sekolah mengatur jadual yang sistematik agar semua murid-murid Tahun 6 dapat membuat Confirm A dalam bilik komputer secara bergilir. Kebiasaannya sekolah-sekolah memberikan kemudahan ini jikalau murid-murid rata-ratanya tidak mempunyai kemudahan internet di rumah.